lama tak menjengah belog sendiri. sorry sayang. awak je yang saya ada yang saya sayang.
sebab dah lama tak jumpa, lets start with some pembacaan yang menyenangkan.
Telah berkata Hatim bin A'sam: Sesiapa yang istiqamah dalam empat perkara maka ia akan mendapat keredhaan Allah swt:
1- Yakin hanya kepada Allah swt yakni memberi rezeki,memberi kemudharatan dan segalanya dari Allah swt. Selain daripada Allah swt tidak akan dapat memberikan manfaat dan kemudharatan tanpa izin Allah swt.
2. Bertawakal kepada Allah swt semata-mata.Yakni menyerahkan segala urusannya kepada Allah swt setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan telah melakukan yang terbaik, maka yang selebihnya diserahkan kepada Allah swt.
3. Ikhlas hanya kepada Allah swt. Melakukan sesuatu ibadah atau pekerjaan hanya untuk mendapat balasan Allah swt tanpa ingin mendapat pujian dan balasan daripada makhluk Allah yang lain.
4. Mememahami dan mengenali Qada' dan Qadar Allah swt. Yakin menyakini bahawa segala yang berlaku adalah atas perancangan dan kehendak Allah swt dan kita sebagai hambanya mampu berusaha sahaja.
makanya awak awak semua dan saya juga, yakinlah dengan apa yang dinamakan Qada' dan Qadar DIA.
:)
0 bagi komen membina/membunuh:
Post a Comment